|
DIBALIK TABIR PANAHARJUNA
SUSUR GALUR
Saya di puterakan disebuah desa berhampiran dua sempadan wilayah .Iaitu Tampin dan Alor Gajah .Desa Bertuah itu adalah Kampung Sri Kendong. Saat saya masih bersekolah rendah, dunia kecangihan teknologi belum tiba di Malaysia lagi .Satu-satu teknologi yang dikatakan canggih dimasa itu, adalah mesin slot yang sering menimbulkan kemarahan orang-orang tua dikampung. Internet belum lagi wujud, apatah lagi CDR atau CDRW .Floopy disk dimasa itu adalah sebesar tapak tangan dan setup untuk memulakan komputer ataupun ROM masih belum lagi dipasang pada Motherboard, malah diletakkan didalam Floopy disk yang sebesar tapak tangan tadi .
|
|
ALAM PENDIDIKKAN
Saya mendapat didikkan dari merata institusi yang berada di Malaysia, saya pernah menuntut di ITM, dewasa ini dikenali dengan nama UiTM, malah di dua kampus utama , Arau dan Shah Alam .Pernah juga menerima pendidikkan di Twintech College , yang ketika itu bertempat di sekitar Jalan Kelang Lama. Juga pernah menjalani latihan teruji di GIATMARA Alor Gajah Melaka .Pokoknya, alam pendidikkan saya begitu bervariasi . Didikkan yang terpenting adalah di Sekolah Menengah Undang Rembau atau pada masa itu popular dengan sebutan URESS ( Undang Rembau Secondary School) , saya menyertai URESS semasa ditingkatan tiga dan mengkusus kedalam sains pertanian .Namun apabila masuk ke tingkatan empat saya mendapat peluang untuk menyertai Sains Perdagangan namun saya telah bertekat untuk menukar aliran ke Sains Tulin . Dan alhamdulillah, saya berjaya mengharungi dua tahun di bidang aliran Sains dan mendapat rezeki untuk melanjutkan pelajaran di ITM dalam bidang Sains kejuruteraan. Saya juga berkesempatan belajar di tempat lain dengan latar belakang ilmu kejuruteraan yang berbeza.
Kerjaya kini
Walaupun latar belakang pendidikkan saya hampir dua dekad dibidang teknikal, teknologi dan komputer, namun rezeki saya nampaknya lebih menyerlah dibidang penulisan yang dicintai .Jiwa saya barangkali dihambat terlalu banyak persoalan manusiawi yang pelbagai .Kerana sebagai seorang 'tukang', banyak yang boleh saya perbuat, kecuali menukangi pemikiran manusia ke jalan yang lurus .Lalu saya lelah sendiri, membuat dua 'pekerjaan' didalam suatu masa. Dalam muraqabah yang panjang, akhirnya saya memutuskan untuk menjadi hamba yang qanaah .Berpadalah saya dengan ilmu yang diberi Allah, barangkali kerana jiwa saya telah terdidik halus dan taat, maka saya mendapati, sukar bagi saya untuk meneruskan pekerjaan dibidang 'ketukangan' kerana agaknya, terlalu banyak 'belit dan muslihatnya' yang saya saksikan dari rentetan alam pekerjaan ini.Saya tidak menyukai cara kerja yang begitu kerana nilai keikhlasan dan soal bersih-halal sudah tentu akan ditanyai oleh Allah kelak .Pasti ....Dihadapan mahkamah Mahsyarnya yang agung. Lalu kerana itu saya mengambil jalan untuk memajukan diri dibidang penulisan ini .Hey, bidang penulisan dewasa ini begitu berbeza dengan bidang penulisan beberapa dekad yang lalu. Apabila teknologi langit terbuka telah mulai mendapat tempat dikalangan semua rakyat, maka soal mencari dan memasarkan karya bukan lagi perkara yang rumit .Dan saya bersyukur kerana lahir pada dekad yang mencabar justeru penuh peluang ini.
MENGAPA MENYEDIA LAMAN WEB INI
Wau...sejujurnya lagi, persoalan ini sukar saya jawab kerana sebagai manusia saya hanya selayaknya berikhtiar yang berani .Berterusan qanaah dalam menjalankan kerja-kerja ini .Ini kerana soal menulis di bumi Malaysia ini, harus bijak, berketrampilan, berbedza tetapi harus mendidik .Ini pendapat saya yang kerdil,namun saya percaya keperluan penulisan didalam beberapa waktu lagi akan di terjemah kedalam suatu bentuk kerjaya yang menyakinkan,seiringan dengan teknologi sebaran maklumat yang semakin pantas.Tidak lagi seperti beberapa tahun yang dahulu, insyaallah. Lalu saya menyimpulkan, untuk terus berdaya dan maju dibidang ini, saya harus menyedia diri sebagai pendiri, malah menerima mana-mana jemputan, pelawaan atau sekadar pertemuan untuk muzakarah dan saling berbincang . Maka untuk itu, jika merasa perlu untuk menghubungi saya, nah maka jangan ragu-ragu lagi untuk memetik butang dibawah ini
panaharjuna@yahoo.com
LAMAN WEB TERKINI
Saya juga biasa ditemui sebagai
JIHADY
|
|
|