|
LAMAN-LAMAN YANG SERING DILAWATI
LAMAN-LAMAN YANG SERING DILAWATI
Berikut adalah senarai laman web yang bermanfaat dan sesuai untuk diikuti oleh mereka yang samaada baru ataupun sudah lama berjinak didalam bidang penulisan. Ketika saya mula-mula mengenali dunia uinternet, lama-laman web inilah yang sering saya layari dan mereka-mereka inilah yang banyak memberi manfaat kepada perkembangan kerjaya saya dewasa ini. Saya merasakan, bahawa mereka masih mesra dan mampu menerima mana-mana individu dengan tangan terbuka selagi-lagi undang-undang dan kehendak webmaster yang rasional ini tidak dilanggari .
-
PERGH.COM
-
Inilah laman web pertama yang saya kenali, yang telah membukakan mata saya kepada dunia persahabatan dibidang penulisan dan pelukisan . Nasihat-nasihat dan tunjuk ajar mereka yang ada disini sangat effisyen dan sesuai kepada mereka-mereka yang memerlukan pendidikan secara pribadi namun pantas .
-
ALWANCOMIC.COM
-
Masih ingat kepada kartunis ujang yang dahulu pernah merintis komik dakwah yang bertajuk LANUN? .Dan kemudian beberapa tahun berikutnya, kembali semula dengan komik MALIM PELITA. Sebelum mereka ini gagal mempertahankan keazaman mereka, beberapa orang pelajar dari damanhur dan Malaysia telah berganding tenaga menghasilkan sebuah komik dan beberapa tahun berikutnya, dengan berkat perbincangan dan muzakarah bersama ahli-ahli PERGH, mereka mengadun tenaga lalu membuka suatu lembaran baru komik di Malaysia .Siapakah mereka ?, mereka adalah ALWANCOMICS, yang kini telah pun mempunyai komikus dan penulis mereka sendiri.
-
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
-
Dewan Bahasa dan Pustaka selaku suatu nama besar di Malaysia, tidak harus diragui lagi kemampuannya dalam menerbit karya-karya dan menilainya. Malah, karya-karya ini sesungguhnya dinilai oleh tenaga professional yang telah lama berkecimpung didalam bidang ini.
-
KARYANET
-
Bagi sesiapa yang pernah mengenali kesengasaran menghantar karya secara bertulis atau lebih dikenali dengan kaedah menghantar pos, DBP secara bijaknya telah menyediakan laman web Karyanet.com ini untuk memudahkan penulis dan bakal penulis berurusan yang bijaksana. Selain dari itu juga, pihak karyanet ini ada menyelenggara beberapa kerja dan pertandingan untuk mereka-mereka yang ingin menghantar karya mereka.
-
PTS PUBLICATION
-
PTS PUBLICATION adalah sepenuhnya dipunyai oleh penulis bumiputera yang berjaya .Puan Ainon selaku pengasas kepada syarikat ini, juga mempunyai wawasan yang bijak dan kemahiran yang lengkap dan terkini untuk mana-mana penulis yang berkesanggupan dan mampu menghasilkan karya didalam apa-apa juga bidang tidak kira samada penulisan itu ilmiah, kreatif, fiksyanal malah untuk kanak-kanak . Puan Ainon juga malah mempunyai kebijaksanaan untuk mengkelaskan karya-karya penulis baru dan memberikan tunjukajar kepada mereka dalam menghasilkan karya-karya yang bermutu dan mampu terjual dipasaran.
-
KARANGKRAF
-
Karangkraf adalah suatu nama yang besar pada ketika ini, selain dari menerbitkan majalah-majalah seperti Dara.com, Bintang Kecil, Nur, Nona , Remaja dan sebagainya, mereka juga menerbitkan novel-novel dibawah penerbitan ALAF 21 .
-
ALAF 21
-
ALAF 21 bukan merupakan suatu nama baru dibidang penerbitan . Syarikat yang mulai memancar dengan kehadiran penulis-penulis lelaki ini telah berjaya memperlihat diri mereka sebagai penerbitan yang tidak kurang gengsinya berbanding penerbitan yang lain . Alaf 21 selaku suatu nama yang besar kini diangggap telah mempunyai angkatan lelaki seperti Dr HM Tuah Iskandar,Ramlee Awang Murshid, Zaifuzaman,Rio Hermawan dan beberapa orang lagi yang umumnya dikenali tersohor dibidang masing-masing.
-
ALIFSTYLE
-
Alifstyle barangkali adalah suatu nama baru yang asing kepada kita, namun lelaki diawal usia dua puluhan ini adalah telah mengasah bakat lukisannya dari seorang guru lukisan yang terkenal, iaitu allahyarham Pak Rejabhad. Beliau yang pada masa itu masih amat muda telah mencedok dengan sebaik-baiknya ilmu yang dicurahkan oleh Pak Rejabhad dan kini masih lagi berkarya dan telah mempunyai laman webnya sendiri .Ikuti perjuangan anak muda yang telah mulai memancarkan sinar bakatnya ini didalam pertandingan ALIH PANDANG yang bertempat di Balai Seni Lukis Negara Malaysia yang julung-julung kalinya diusahakan saat perpindahan mereka dari bangunan Lama di Jalan Bangsar ke Bangunan Baru di Jalan Temerloh ,off Jalan Tun Razak.
-
CREATIVE ENTERPRISE
-
Barangkali pujian dan sanjungan yang utama, paling wajar diberikan kepada pengasas novel-novel dewasa yang begitu terkenal dengan penghasilan kulit-kulit Novelnya yang arkilik dan menawan. Barangkali juga, usaha CREATIVE dalam mencari dan melahirkan bakat-bakat penulis yang benar-benar bermutu harus diberi pujian .Ini kerana penulis-penulis yang menghantar karya kesini, ternyata bukan penulis yang sebarangan. Nama-nama seperti A Samad Ismail, Azizi Hj Abdullah Aziz Afkar, Salina Ibrahim, Maharam Mamat ,Faizal Tehrani , bukanlah merupakan nama-nama yang kecil didalam bidang sastera .Malah barangkali ramai yang tidak tahu bahawa Allahyarham Professor Othman Puteh juga pernah berkarya di dalam Majalah Bambino, satu majalah yang digemari oleh kanan-kanak diawal tahun tujuh puluhan. Begitu juga dengan Allahyarham Pak Sako yang pernah menghantar karyanya ke majalah GILA-GILA suatu ketika dahulu. Keberhasilan CREATIVE mengeluarkan karya-karya mereka ini telah dilihat sebagai suatu standart yang sukar ditandingi sesuai pula dengan kepakaran dan pengalaman mereka.
-
UMBRACOMIX
-
Bagi yang memandang remeh kepada majalah UMBRA, yang dahulu berada dipasaran, awas ! .Anda barangkali belum kenal dengan pengkarya-pengkarya berbakat serta keberkesanan taktik penerbit majalah ini dalam melahirkan majalahnya .Secara Pribadi saya merasakan penerbitan Majalah Umbra telah mencapai satu takuk baru dibidang penerbitan bila syarikat yang asalnya bermula dengan dua tenaga ini sahaja akhirnya berkembang menjadi suatu kelompok pelukis dan penulis yang perkasa .Bandingkan lamanweb mereka yang lama http://umbracomix.tripod.com/ dengan laman web mereka yang baru ini http://www.umbracomix.com/ . Dan nilaikan sendiri sejauh mana mereka telah bergerak maju dengan usaha kendiri yang tabah malah tanpa menagih simpati dari mana-mana pun, kerana itulah saya berani mengatakan bahawa mereka-mereka ini akan bakal merubah sejarah komik di Malaysia, insyaallah pada suatu hari nanti.
-
UJANA ILMU
-
Ujana Ilmu adalah satu lamanweb yang sebenarnya sangat baru untuk saya berbanding dengan semua laman web yang telah saya huraikan diatas. Kendati lamanweb ini masih baru kepada saya, saya sebenarnya telah berkenalan dengan Encik Razak, seorang penulis dari Negeri Sembilan yang bernaung dibawah bendera PENS ketika mengikuti pembicaraan karya Sesegar Nailofar karya Zaid Akhtar, kumpulan puisi Pendatang Malam karya Ida Munira Abu Bakar dan cerpen dan sajak eceran mantan Minggu Penulis Remaja 2000-2004 yang pernah tersiar di media cetak yang dikendalikan oleh Professor Rahman Shaari , Lim Swee Tin dan En Talib Samat. En Razak meminta saya agar hadir ke perjumpaan PENS sekiranya saya berminat untuk menyertai PENS, namun hajat itu tertunda sekian lama kerana saya sendiri dihambat waktu yang benar-benar menuntut masa sengang saya. Namun beberapa minggu berikutnya saya berhajat untuk mencari maklumat tentang PENS dan entah bagaimana saya terbawa kelaman web ini. Blessing in disguise , kata orang putih .Tak disangka-sangka pula laman web ini merupakan hasil kerja Pn Nisah Haji Haron dan suaminya .Puan Nisah adalah merupakan teman penulis ketika di MPR tahun 1993 . Lalu dikesempatan ini, saya menyediakan diri untuk turut meletakkan UJANA ilmu disini sebagai suatu pengiktirafan pribadi saya kepada lamanweb ini. Syabas.
Salam Perjuangan
000000123
|