PERENCANAAN DIHADAPAN WAKTU







  

PERENCANAAN DIHADAPAN WAKTU

MERENCANAKAN KEJAYAAN ATAU KEGAGALAN...

 

Persoalan ini sesungguhnya berat .

Jika ditanyakan kepada saya tentang prasyarat apakah yang harus ada pada semua penulis, saya akan terang-terang mengatakan penghasilan material itu sendiri harus ada. Untuk penulis-penulis yang baru berjinak dibidang penulisan ini, yang pentingya anda menulis, soal kualiti serahkan kepada saya, hahahaha...maksud saya serahkan kepada mereka yang selayaknya menilai. Jangan sampai apabila diminta menunjukkan kerja-kerja yang selama ini telah diperbuat, anda hanya terpana bingung dengan mulut yang malah melopong .Usahakan untuk menyimpan kerja anda didalam suatu fail pribadi dan adakan suatu senarai tugas menulis yang harus anda wajibkan keatas diri, setiap hari .Kerangka ini sama untuk para pelukis.

Jika ditanyakan kepada saya , Ya inilah pekerjaan saya yang hakiki. Dahulu, kini dan pada masa akan datang insyaallah. Jika ditanyakan kepada saya mengapa masih ingin meneruskan kerja dibidang penulisan yang masih belum nampak apa-apa hasilnya ini, jawab saya secara jujur, jika saudara menilai kerja penulisan itu dengan sekadar melihat ragam beberapa orang penulis, atau pun mendengar bicara dari mereka-mereka yang berada di luar dari bidang penulisan ini. Saya berani menyatakan, penilaian itu masih cetek. Mengapa saya mengatakan begini ?, saya mengatakan begini kerana saya menulis sejak zaman internet belum terzahir lagi di Malaysia. Kami penulis-penulis zaman awal hanya menggunakan mesin taip untuk menaip cerita-cerita kami dan tidak mempunyai 'kemewahan' untuk menaip dengan menggunakan komputer seperti mana dewasa ini. Apatah lagi internet .Justeru itu apabila, internet muncul dan menjadi suatu gaya di Malaysia maka secara pribadinya saya suka mengatakan bahawa penghasilan karya dibidang penulisan itu akan jauh berbeza. Karya-karya akan datang mesti dan harus dinilai dan perhalusi teknik dan isinya. Bukan lagi sekadar menulis kisah cinta dogeng uda dara, malah jika menulis kisah cinta yang hebat, maka akan terlihat pemahaman penulisnya didalam ilmu sampingan yang disisipkan didalam cerita itu. Ilmu physikologi remaja umpamanya. Nah, lihatlah betapa bererti dan sukarnya kerja menulis pada masa yang akan datang.

Lalu ..apa yang masih sama ?, Yang masih sama adalah tanggungjawab dan pertanggungjawaban penulis diatas karya-karyanya itu ,

PERANAN LAMAN WEB INI

"Saudara menulislah, semahunya. Namun jangan saudara-saudari menulis yang picis-picis, saya tak mengaku saudara-saudara sebagai murid saya nanti !" .Demikianlah kerasnya amaran Allahyarham Prof Othman Puteh ketika kami ( Saya, Nisah ,Hassan Jaidin, Shamsinor, Maharam, Dayang ,Ahmad Adi Harbi, Puteri dan beberapa orang penulis lain yang sudah hampir saya terlupakan namanya) mengikuti Minggu Penulis Remaja 1993. Dan saya merasakan ajaran Allahyarham terpikul kebahu kami sebagai suatu ajaran perjuangan untuk mereka-mereka yang dibelakangan waktu ingin mencedok ilmu penulisan ini. Harafiahnya, saya menganggap pembinaan laman web ini adalah jambatan pertama untuk memperdagangkan karya-karya saya dimasa yang sama selain dari mencari peluang peluang yang lain, jua terbit keinginan untuk membina ukhuwah baru, menjalin persahabatan dengan sesiapa sahaja yang berimpian yang sama seperti saya .